Wednesday, February 23, 2011

PASUKAN BOLA SEPAK SEMERDU




Pasukan Bola Sepak SEMERDU 2011 telah dibentuk setelah melalui beberapa kali sesi pemilihan. pemilihan yang dijalankan agak teliti untuk memastikan pasukan mampu mempertahankan kejuaraan peringkat daerah.

Tuesday, February 22, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN








Pertandingan bola sepak MSSM Dungun antara zon akan diadakan bulan Mac. Sebagai persediaan menghadapi pertandingan tersebut beberapa pertandingan persahabatan telah diadakan.

1. Pada 17 .2. 2011 perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Kuala Terengganu. Keputusan pertandingan Pasukan 18 tahun tewas 4-1, pasukan 15 tahun tewas 2-0.

2. pada 20.2.2011 perlawanan persahabatan pasukan 15 tahun SEMERDU dengan SMK Intan Zaharah. keputusan perlawanan Semerdu menang 8-0

3. Perlawanan persahabatan dengan SMK Kuala Abang. Keputusan perlawanan: Pasukan 18 tahun menang 4-0. pasukan bawah 15 tahun menang 2-0.

Monday, January 31, 2011

gambar sekitar pertandingan



KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA RUMAH BAWAH 15 TAHUN

JOHAN : MEGAT PANJI ALAM B
NAIB JOHAN : MEGAT KEMBAR ALI A
KETIGA : BENTARA YUSUF A

Thursday, January 27, 2011

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH 15 TAHUN

TARIKH : 27 DAN 28 JANUARI 2011
HARI      : KHAMIS DAN JUMAAT
TEMPAT : PADANG BOLA SEMERDU

PASUKAN BERTANDING:

TUN TELANAI A
TUN TELANAI B
BENTARA YUSOF A
BENTARA YUSOF B
MEGAT KEMBAR ALI A
MEGAT KEMBAR ALI B
MEGAT PANJI ALAM A
MEGAT PANJI ALAM B

Pertandingan diadakan secara liga dua kumpulan.

Tuesday, January 25, 2011

LAGI GAMBAR-GAMBAR KENANGAN

 Kemenangan yang diperoleh bukan datang menggolek. Segala penat lelah hilang dalam sekelip mata dengan satu perkataan ' JUARA '. Di samping semangat pemain tidak terkecuali semua sokongan yang diterima cukup bemakna. terima kasih semua.
 Kalian telah membuktikan bahawa kecemerlangan di atas padang tidak menghalang kejayaan dalam akademik.
 Persefahaman antara pemain tahun 2010 telah memudahkan perancangan jurulatih untuk merancang strategi.
Semoga SPM kalian membuahkan hasil yang memembanggakan seluruh warga SEMERDU.

Sunday, January 23, 2011

PENUBUHAN

Kelab bola sepak SMSD telah ditubuhkan pada tahun 2010. Kelab Bola Sepak merupakan salah satu cabang kokurikulum di bawah Kelab Sukan danPermainan. Antara objektif penubuhan adalah untuk melatih pelajar menguruskan aktiviti yang berkaitan bola sepak di SMSD. Keahlian kelab dibuka kepada semua murid sama ada lelaki dan perempuan.Pada tahun 2010 dengan tertubuhnya kelab pasukan elite bola sepak SMSD telah berjaya  menjadi johan pertandingan Bola sepak pringkat daerah Dungun.


                                                 Barisan pemain bawah 18 tahun

         Setelah meraih kejayaan yang cemerlang, mereka diraikan dalam majlis makan malam di Awang Resort. walaupun tidak dibiayai oleh mana-mana pihak tetapi guru-guru dan kakitangan telah berbesar hati menyumbangkan duit poket mereka sendiri untuk menjayakan majlis makan malam ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.


                                         Majlis makan Malam
                                         ( sori gambar kelabu.Hanya ini ada dalam simpanan)